Antara kemudahan asas yang paling hampir dengan PEDi Taman Angkasa Nuri ialah balairaya dan Surau Al-Barakah. Malah terdapat kawasan riadah di sekitar kawasan balairaya ini seperti gelanggang takraw, padang bola, gelanggang bola keranjang dan taman permainan kanak-kanak. Kebanyakkan komuniti kawasan ini mengamalkan aktiviti riadah yang sihat seperti bersenam dan bermain bola. Pada waktu pagi terdapat beberapa ahli wanita taman akan berjogging dan bersenam berhampiran kawasan ini.

 

Selain menyihatkan badan mereka juga merapatkan hubungan sesama kaum dimana terdapat pelbagai bangsa dan kaum yang  bersama-sama aktif dalam aktiviti bersenam. Pada waktu petang majoriti kanak-kanak akan bermain bola di sekitar padang dan taman permainan. Selain itu, Surau Al-Barakah juga menyediakan kelas mengaji bagi para wanita pada sebelah pagi dan kanak-kanak untuk sebelah petang.

 

1. BALAIRAYA TAMAN ANGKASA NURI

Balairaya ini boleh menempatkan lebih kurang seramai 100 orang. Disewa untuk sebarang majlis (boleh hubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Angkasa Nuri)

 

2. SURAU AL-BARAKAH

Surau Al-Barakah ini sentiasa dipenuhi oleh penduduk taman dengan membuat solat jemaah. Boleh menempatkan seramai 50 orang dalam 1 masa. Setiap Sabtu dan Ahad ada kelas mengaji secara percuma untuk kanak-kanak yang di ajar oleh 2 orang ustaz dan seorang ustazah Warga emas dan dewasa pula, waktu mengaji mereka adalah pada hari isnin-khamis sahaja. Sentiasa membuat majlis-majlis bagi mengeratkan lagi silaturrahim seperti Qurban, Ceramah, Maulidurasul dan lain-lain lagi

 

 


  

3. KEMUDAHAN RIADAH

 

Gelanggang Sepak Takraw

Sentiasa dipenuhi oleh remaja-remaja yang suka beriadah di waktu petang. Mereka juga berminat membuat pertandingan suka sama suka

 

 

 

Padang Bola Sepak

Padang bola sepak ini sentiasa dipenuhi dengan kanak-kanak yang berlingkungan antara 7-11 tahun. Walaupun keadaan padang yang tidak berapa memuaskan, tetapi mereka tetap beriadah setiap hari. Padang ini juga sentiasa dijadikan tempat perlawanan bola sepak peringkat taman.