Melaka merupakan salah sebuah negeri yang popular dengan tempat perlancongan di mana Melaka di dalam sejarah Malaysia juga telah membuktikan bahawa Melaka mempunyai tempat-tempat bersejarah untuk dikunjungi. Kebanyakan tempat bersejarah ini telah dilawati oleh pelajar-pelajar sekolah mahupun Universiti bagi melahirkan rasa cinta setiap pelajar terhadap negara justeru dapat membentuk nilai murni terhadap negara dan berbangga kepada tokoh-tokoh yang telah memerdekan Malaysia.
ANTARA TEMPAT PELANCONGAN
POPULAR DI NEGERI MELAKA
1. Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun.
Waktu operasi : 9AM-6PM
- Hotline: 1300 22 3000 / 06 232 4054
2. Taman Buaya
Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Pada musim bertelur, buaya amat buas menjaga telurnya. Di Malaysia terdapat 3 jenis buaya yang terkenal:
- Buaya Tembaga (Crocodylus porosus)
- Buaya Jejulong (Tomistoma schlegelii)
- Buaya Siam (Crocodylus siamensis)
3. Taman Rama-rama
Taman ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke dan Sayap Burung.
Terdapat juga koleksi lebih dari 400 jenis spesimen serangga.
Selain melihat beribu-ribu rama-rama yang jinak, taman yang bersih dan teratur ini juga mempunyai kolam ikan koi yang bakal mencuit hati si kecil anda. Turut dipamerkan lapan daripada 50 spesies ulat beluncas berserta pokok perumah ialah Clipper, Archduke, Indian Leaf, Common Mime, Malayan Eggfly, Malay Lacewing dan Dark Blue Tiger.
- Waktu Operasi : 8:30AM– 5:30PM
- Nombor Telefon : 06-232 0033
4. Taman Mini Malaysia
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.
- Waktu Operasi : 9AM– 5:30PM
- Nombor Telefon : 06-234 9989
5. Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melakasecara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa . Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Waktu Operasi : 10AM-10PM
No. Telefon : 062881100