Sejarah

 

Daerah Alor Gajah adalah salah satu daerah di Negeri Melaka, dengan jarak 24 kilometer dari Bandaraya Melaka, Alor Gajah juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Bandar Alor Gajah merupakan Ibu daerah Alor Gajah dan di dalam daerah Alor Gajah terdapati tiga buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Manakala keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.

Salah satu mukim di dalam daerah Alor Gajah ialah Durian Tunggal. Dengan jarak 3km dari Tol Air Keroh kawasan ini diketahui mempunyai kolam takungan air utama yang terletak 3KM dari pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Sejarah menyatakan kolam ini pernah kering pada sekitar tahun 80-an. 

Terdapat bekas landasan kereta api di sini yang menghubungkan Pulau Sebang dan Melaka sebelum pendudukan Jepun. Namun demikian rel kereta api sudah tiada lagi tetapi beberapa jambatan kereta api yang melintasi sungai masih jelas kelihatan sehingga hari ini. 


Auyen Hill adalah pusat pelancongan yang kerap dikunjungi terutama oleh orang Cina kerana terdapat tembok Cina yang dibina hasil ilusi tembok besar Cina. Pada abad ke-21 pekan Durian Tunggal telah berubah wajah dari pekan cowboy kepada pekan moden. Selain itu pembangunan yang maju serta tarikan pelancong yang ramai Durian Tunggal juga mempunyai banyak hotel yang menawarkan hotel bertaraf tiga bintang. Kerajaan juga giat menambahbaik pelbagai kemudahan serta daya tarikan pelancong seperti Muzium Pengangkutan, Batik House dan banyak lagi.