CELIK IT - M. ZHAKRY HAIQAL

 

 Nama M.Zhary Haiqal  Umur 15 tahun 
 Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Pekerjaan  Murid Sekolah
 Alamat Taman Angkasa Nuri  Tahun Menjadi Ahli   2022

 

Latar Belakang :

Zhakry seorang murid sekolah, beliau sering datang ke NADI. Semasa cuti sekolah, beliau datang untuk membuat kerja kursus dan meminta bantuan petugas untuk menyelesaikan tugasan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT

Beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer seperti menaip, membuat jadual serta memuat turun gambar. Beliau juga jarang menggunakan Microsoft Office kerana bagi beliau tiada keperluan untuk menggunakan Microsoft Office.

 

Selepas Penggunaan ICT

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang dijalankan di NADI sepanjang cuti sekolah, beliau telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office. Beliau juga telah berjaya menyelesaikan kerja kursus beliau dan mendapat markah tinggi untuk tugasan tersebut.

Nama

Zalina Binti Abdul Rashid

Umur  


51 tahun

 
Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.   Produk Kraftangan 
Alamat  Taman Angkasa Nuri Tahun jadi ahli PEDi     2018

 

Latar belakang

Puan Zalina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, yang menjadikan perniagaan beliau untuk mendapat pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, beliau menjual kraftangan secara kecil-kecilan di kalangan rakan-rakan. Ingin mengikut arus pengedaran zaman, beliau terfikir untuk membangunkan Facebook page untuk perniagaan beliau. Jadi beliau datang ke PEDi untuk meminta bantuan pihak PEDi membantu beliau dalam menyiapkan dan melengkapkan info yang diperlukan oleh Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau menghadiri beberapa sesi kelas “Facebook page & advertisement”. Selain itu juga, beliau turut  menyertai kelas Asas Tiktok untuk meluaskan lagi perniagaan beliau.Sejak itu, facebook dan tiktok beliau menjadi tumpuan peminat-peminat kraftangan. Kini pendapatan sebulan beliau mencecah RM300-400 sebulan.

 

USAHAWAN - JALIAH BINTI BASIRON

 Nama Jaliah Binti Basiron   Umur  49 tahun
 Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Produk  Kraftangan
 Alamat  Tmn Bukit Beruang  Tahun Menjadi Ahli  2018

 

Latar Belakang :

Puan Jaliah merupakan bekas kerani di sebuah syarikat di Melaka. Beliau membuat keputusan dengan berhenti kerja untuk menguruskan anak-anak. Selepas itu beliau telah berjinak-jinak di dalam menjalan perniagaan kraft kerana beliau sangat berminat dengan kraft tangan ini. Sehingga sekarang beliau masih aktif menjalankan perniagaan ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT :

Beliau tidak mahir menggunakan komputer dan memasukkan gambar-gambar di dalam facebook untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan.

 

Selepas Penggunaan ICT :

Setelah menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telahpun mahir dan telah aktif di dalam perniagaan ini dan telah dikenali oleh komuniti sekitar Melaka mahupun luar Melaka. Pendapatan bulanan sekarang mencecah Rm800-Rm1000 sebulan.

 

 

 

 

USAHAWAN - Shairah Binti Azman

 

Nama

Shairah Binti Azman

Umur

31

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Produk

Baju Bundle

Alamat

Taman Angkasa Nuri

Tahun menjadi Ahli PI1M

2015

 

 

Latar belakang

 

Puan Shairah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang memjadikan perniagaan beliau sebagai kerja sambilan beliau untuk mendapat duit lebih. Bagi beliau gaji yang diperolehi beliau tidak mencukupi untuk beliau membuat simpanan untuk masa depan anak-anak beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau mula menjual pakaian di Facebook peribadi milik beliau tetapi kurang mendapat sambutan oleh rakan-rakan maya beliau. Beliau berfikir untuk membangunkan Facebook page untuk perniagaan beliau. Jadi beliau datang ke PI untuk meminta bantuan pihak PI membantu beliau dalam menyiapkan dan melengkapkan info yang diperlukan oleh Facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau menghadiri beberapa sesi kelas “Facebook page & advertisement” dan akhirnya beliau berjaya memiliki Facebook page yang bernama “AppleBerry Shop”. Beliau juga telah melancarkan beberapa iklan berbayar di Facebook dan mendapat ramai pelanggan dari situ. Sejak itu, facebook beliau menjadi tumpuan peminat-peminat baju ‘bundle’. Kini pendapatan sebulan beliau mencecah RM3000-4000 sebulan.

 

CELIK IT - MOHD RAFIQ IRFAN BIN AZMI

 

 Nama Mohd Rafiq Irfan Bin Azmi   Umur 18 tahun 
 Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Pekerjaan  Lepasan SPM
 Alamat Taman Angkasa Nuri  Tahun Menjadi Ahli   2015

 

Latar Belakang :

Irfan seorang lepasan SPM , beliau sering datang ke Pusat Internet. Sementara menunggu keputusan SPM, beliau ingin bekerja dan perlu membuat resume. Beliau datang ke Pusat Internet mengajar beliau cara membuat resume untuk beliau gunakan semasa mencari kerja.

 

Sebelum penggunaan ICT

Beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer seperti menaip surat, membuat slide, membuat akaun di excel. Beliau juga jarang menggunakan Microsoft Office kerana bagi beliau tiada keperluan untuk menggunakan Microsoft Office.

Selepas Penggunaan ICT

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang dijalankan di pusat internet selama seminggu, beliau telah mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office. Beliau juga telah berjaya membuat resume sendiri dan menghantar ke pejabat-pejabat yang ada kekosongan.