PEDi Taman Angkasa Nuri terletak bersebelahan dengan Sek Ren Jenis Kebangsaan Cina Chabau. Selain itu, sekolah yang berdekatan juga ialah :

1) Sek Ren Keb Gangsa

2) Sek Men Keb Tun Mutahir

3) Sek Men Keb Munshi Abdullah

4) Sek Ren Keb Batu Berendam (1)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chabau merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.. Sekolah ini juga mempunyai jumlah pelajar melayu yang ramai memandangkan kawasan di sini ibu bapa mereka lebih menekankan pembelajaran pelbagai bahasa.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chabau memiliki 420 pelajar lelaki dan 349 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.

    Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chabau
    Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.
    76100, Durian Tunggal
    Melaka, Malaysia
    Telefon : 6063341224
    Fax : 6063341223

 

 

Sekolah Kebangsaan Gangsa

 

Sekolah Kebangsaan Gangsa mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 03 Januari 2001. Sekolah ini dibina di dalam Mukim Durian Tunggal. Pada asalnya tapak sekolah ini ialah kawasan ladang kelapa sawit. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai 400 orang murid dan 21 orang guru. Guru Besar pertama yang ditugaskan berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Mohamad Sharif b. Hussin yang berasal dari Kampung Kandang. Encik Mohamad Syarif b. Hussin telah berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Md Nor b. Jantan dari Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur pada tarikh 16 Oktober 2002. Beliau merupakan Guru Besar kedua Sekolah Kebangsaan Gangsa.

Sekolah ini mempunyai keluasan tanah seluas 12 ekar. Keseluruhan kawasan sekolah ini ditar dan kawasan padang sahaja berumput. Kawasan padang dianggarkan 2 ekar iaitu menempatkan sebuah padang bola sepak, bola baling , hoki, bola jaring dan trek balapan. Manakala gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar ditempatkan di antara blok B dan C. Sekolah ini mempunyai 26 buah bilik darjah tetapi pada peringkat awalnya hanya 12 bilik darjah sahaja yang digunakan berdasarkan bilangan murid. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A,B dan C. Blok A ialah blok pentadbiran, Blok B dan C ialah blok pembelajaran.

Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti makmal komputer, bilik tayang, bilik Pendidikan seni, bilik muzik, surau, bilik bimbingan dan kaunseling, klinik pergigian, perpustakaan, makmal sains, bilik ABM, bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan bilik pra-sekolah yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Bilik – bilik tertentu seperti bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat dan makmal komputer mempunyai alat pendingin udara untuk keselesaan.

diterbit dari http://skgangsa2001.blogspot.my/2009/08/biodata-sekolah.html