Nama

Zalina Binti Abdul Rashid

Umur  


51 tahun

 
Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.   Produk Kraftangan 
Alamat  Taman Angkasa Nuri Tahun jadi ahli PEDi     2018

 

Latar belakang

Puan Zalina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, yang menjadikan perniagaan beliau untuk mendapat pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya, beliau menjual kraftangan secara kecil-kecilan di kalangan rakan-rakan. Ingin mengikut arus pengedaran zaman, beliau terfikir untuk membangunkan Facebook page untuk perniagaan beliau. Jadi beliau datang ke PEDi untuk meminta bantuan pihak PEDi membantu beliau dalam menyiapkan dan melengkapkan info yang diperlukan oleh Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau menghadiri beberapa sesi kelas “Facebook page & advertisement”. Selain itu juga, beliau turut  menyertai kelas Asas Tiktok untuk meluaskan lagi perniagaan beliau.Sejak itu, facebook dan tiktok beliau menjadi tumpuan peminat-peminat kraftangan. Kini pendapatan sebulan beliau mencecah RM300-400 sebulan.