mysejahtera  mysejahtera 1   mysejahtera 2

SATU FAMILY MASUK KEDAI SEMUA NAK KENA CHECK IN MYSEJAHTERA KE? TAK PERLU. FOLLOW JE NI.

Sekarang kita add satu keluarga dalam MySejatera. Macam mana nak masukkan sekali nama anak kalau kita bawak sekali. Kang polis check, nama anak kita takde check in, harulaa tak pasal langgar SOP.

Camni caranya :

1) Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada 'More'. Click kat situ.

2) Nanti akan keluar macam dalam gambar. Tekan kat Manage Dependents.

3) Then.. Add dependents kat bahagian bawah. Boleh letakkan sekali parents yang tak ada smartphone kalau kita selalu bawak parents kita keluar. Isi nama semua dengan relation.

4) Make sure nama semua betul. Then, bila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar i'm with... Click nama yg ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in je.

So, selamat dah check in nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?
.