NEGERI MELAKA
Bendera Negeri Melaka Logo Negeri Melaka
KETUA MENTERI NEGERI MELAKA
YAB HJ AB RAUF YUSOH
JAWATAN
Ketua Menteri Melaka
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Bidara
NO TELEFON
06-333 3333(Pejabat)
ALAMAT PEJABAT
Tingkat 4 (Suite),Blok Bendahara, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,Ayer Keroh 75450, Melaka
Bagi Negeri Melaka, terdapat 6 orang ahli yang mewakili parlimen iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Bukit Katil, Kota Melaka dan Jasin bagi tahun 2021 sehingga tahun 2025. Bagi kawasan Durian Tunggal termasuk di dalam kawasan parlimen Alor Gajah.
AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH P135
YB ADLY BIN ZAHARI
JAWATAN
Timbalan Menteri Pertahanan
Ahli Parlimen Alor Gajah
KAWASAN
Alor Gajah
NEGERI
Melaka
NO TELEFON
03- 4012 2000 (Pejabat)
ALAMAT PEJABAT
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ADUN DURIAN TUNGGAL
YB TUAN ZAHARI BIN ABD KHALIL
JAWATAN
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Durian Tunggal
Timbalan EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan
NO TELEFON
06 - 5531821 (Pejabat)
ALAMAT PEJABAT
Kompleks Japerun DUN Durian Tunggal, 76100 Durian Tunggal, Melaka
E - MAIL
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Web : https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun
Laman Web : https://www.parlimen.gov.my/
KELUASAN DAN PENDUDUK
Keluasan bagi Bandar Alor Gajah ialah 673.4 km persegi
JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT PECAHAN KAUM
|
JUMLAH PENDUDUK |
|
119 200 orang |
|
24 500 orang |
|
14 300 orang |
|
500 orang |
|
8 100 orang |
|
166 600 orang |
BANDAR - BANDAR UTAMA
- Bandar Alor Gajah
- Bandar Masjid Tanah
- Bandar Pulau Sebang
PEKAN KECIL
- Simpang Empat
- Ramuan Cina Besar
- Lubok Cina
- Durian Tunggal
MUKIM
Mukim Ayer Pa'abas | Mukim Padang Sebang |
Mukim Belimbing | Mukim Parit Melana |
Mukim Beringin | Mukim Pegoh |
Mukim Brisu | Mukim Pulau Sebang |
MUKIM DURIAN TUNGGAL | Mukim Ramuan Cina Besar |
Mukim Gadek | Mukim Ramuan Cina Kecil |
Mukim Kelemak | Mukim Rembia |
Mukim Kemuning | Mukim Sungai Baru Hilir |
Mukim Kuala Linggi | Mukim Sungai Baru Tengah |
Mukim Kuala Sungai Baru | Mukim Sungai Baru Ulu |
Mukim Lendu | Mukim Sungai Buloh |
Mukim Machap | Mukim Sungai Petai |
Mukim Melaka Pindah | Mukim Taboh Naning |
Mukim Melekek | Mukim Tanjung Rimau |
SELAMAT DATANG
KE
NADI TAMAN ANGKASA NURI
PENGENALAN
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek Kerajaan Dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Tujuan utama penubuhan Pusat Internet untuk memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar dan menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan internet.
NADI Taman Angkasa Nuri terletak di kawasan perumahan Taman Angkasa Nuri Mukim Durian Tunggal. NADI Taman Angkasa Nuri mempunyai 20 buah komputer. Kami mempunyai 2 orang petugas yang bertugas di sini, iaitu Puan Siti Noor Yana Binti Ab Hamid sebagai Pengurus dan Cik Nurul Nabilah Binti Husin sebagai penolong Pengurus. Untuk pengetahuan orang ramai, buat masa sekarang NADI Taman Angkasa Nuri sudah beroperasi sejak 2015 dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk komuniti disini.
NADI Taman Angkasa Nuri menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, NADI Taman Angkasa Nuri juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar. NADI Taman Angkasa Nuri turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran) dan sebagainya.
OBJEKTIF PUSAR SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI)
Antara objektif NADI adalah seperti berikut:
- 1) Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan.
- 2) Memperkasakan komuniti melalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. Program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi empat (4) bidang fokus utama iaitu keusahawanan, e-pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kematangan dalam penggunaan Internet.
- 3) Menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar terutamanya komuniti sekitar NADI mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti PADU, Manfaat MADANI dan BUDI MADANI agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.