Wanita adalah golongan istimewa dan memainkan peranan yang besar dalam masyarakat. Berkebolehan melaksanakan dwi-kerja seperti memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga pekerja. Wanita adalah makhluk Allah yang istimewa, mempunyai sifat yang unik berbanding lelaki. Namun wanita mempunyai peranan yang penting di kalangan masyarakat, keluarga dan negara. Tanpa wanita, kehidupan seharian tidak dapat dilaksanakan seperti sedia kala. Hal ini kerana, wanita merupakan penyambung generasi yang akan datang dan wanita juga memainkan peranan yang berbeza dengan kaum adam.
Definisi wanita dapat ditakrifkan dalam pelbagai maksud dan membawa pelbagai makna yang berbeza. Wanita dari segi biologi merupakan perbezaan hakiki dengan kaum lelaki. Hal ini dapat dijelaskan dalam teori, dimana perbezaan antara wanita dan lelaki menjurus kepada sifat jasmani dan rohani. Golongan wanita mewakili hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Wanita bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah mereka juga penting di dalam sektor luar bandar terutamanya pertanian.
VISI |
Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang. |
MISI |
Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial. |
MATLAMAT |
Membentuk masyarakat yang sejahtera melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan. |
OBJEKTIF |
|
* Sumber dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Aktiviti Jamuan Hari Raya