SELAMAT DATANG

KE

NADI TAMAN ANGKASA NURI 

PENGENALAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek Kerajaan Dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Tujuan utama penubuhan Pusat Internet untuk memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar dan menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan internet.

NADI Taman Angkasa Nuri terletak di kawasan perumahan Taman Angkasa Nuri Mukim Durian Tunggal. NADI Taman Angkasa Nuri mempunyai 20 buah komputer. Kami mempunyai 2 orang petugas yang bertugas di sini, iaitu Puan Siti Noor Yana Binti Ab Hamid sebagai Pengurus dan Cik Nurul Nabilah Binti Husin sebagai penolong Pengurus. Untuk pengetahuan orang ramai,  buat masa sekarang NADI Taman Angkasa Nuri sudah beroperasi sejak 2015 dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk komuniti disini.

 

NADI Taman Angkasa Nuri menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, NADI Taman Angkasa Nuri juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar. NADI Taman Angkasa Nuri turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran) dan sebagainya.

OBJEKTIF PUSAR SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI)

 Antara objektif NADI adalah seperti berikut:

  1. 1) Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan. 
  1. 2) Memperkasakan komuniti melalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. Program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi empat (4) bidang fokus utama iaitu keusahawanan, e-pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kematangan dalam penggunaan Internet.
  2. 3) Menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar terutamanya komuniti sekitar NADI mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti PADU, Manfaat MADANI dan BUDI MADANI agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

-  Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

-  Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar

-  Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian

-  Perkhidmatan pencetak

-  Laminate                     

-  Binding

-  Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

-  Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

 
 
ALAMAT
NADI Taman Angkasa Nuri,
Balairaya Taman Angkasa Nuri,
76100 Durian Tunggal Melaka 
 
WAKTU OPERASI
HARI  : Isnin - Ahad
MASA : 9.00 a.m - 6.00 p,m 
(Rehat: 1.00 p.m - 2.00 p.m) 
CUTI  Hari Pelepasan Am