NADI Taman Angkasa Nuri sebelum ini merupakan Pusat Internet  Melekek Luar yang terletak di Melekek, Alor Gajah Melaka. setelah mendapat kata putus dari pihak SKMM dan TM, Pusat Internet  Melekek Luar dipindahkan di Taman Angkasa Nuri, Alor Gajah Melaka yang terletak bersebelahan dengan surau dan juga balairaya Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal Melaka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan balairaya yang boleh menempatkan lebih kurang 100 orang penduduk. Dengan permintaan JPPP di sini, maka tertubuhlah NADI Taman Angkasa Nuri pada Februari 2015. Walaupun NADI Taman Angkasa Nuri terletak berdekatan dengan kawasan bandar, tetapi kebanyakan penduduk di sini terutama pelajar suka mengunjungi NADI Taman Angkasa Nuri untuk membuat kerja sekolah mereka.